aku sudah sampai di kota. tempat pertama aku tuju adalah butik pakaian muslimah kerana tujuan aku cuma untuk membeli sehelai niqab sahaja. selesai membayar, satu laungan yang gegak gempita kedengaran dari luar.
"TAWAF ABOUT TO START !"
salah seorang pembeli bergegas ke kaunter. dia membayar, sehelai niqab juga. tetapi ditinggalkan saja di kaunter lalu terburu-buru keluar. wanita penjual di kaunter itu segera menyarungkan niqabnya juga, untuk ke luar aku rasa. kemudian niqab yang dibeli lelaki tadi diberikan pada aku.
"give it to him on our 7th round. it's for his mom. salam alaik." dia pun berlari keluar meninggalkan aku seorang tercengang di dalam butik.
langit mendung di luar tapi tiada petanda hujan. waktu aku sampai tadi tidak ada pula gumpalan awan tebal begini?
aku pun keluar sama namun langkah aku terhenti di kaki lima kedai. terbentang satu pemandangan yang...
segala makhluk yang di atas padang pasir ada di situ; ada yang manusia dari berjalan kaki, berbasikal, kepada motosikal dan kereta. dan unta-untanya, gajah-gajahnya hinggalah makhluk yang aku sendiri tidak pernah kenal.
lelaki arab disebelah aku berkata;
"even if you're not called for this you can join too." kemudian dia turun ke dataran. kaki aku yang berjalan sendiri menuruni tangga tangga kecil disitu terhenti melihat gerombolan makhluk yang tiada penghujungnya di belakang sana. aku bingung. kemudian satu suara mengejutkan aku dari kebingungan.
"niqab saya mana?"
lelaki tadi menyapa. peluhnya menghiasi dahi.
"saya bagi, nanti, dalam pusingan ketujuh."
"okey." dia berlari. aku menghantar pandangan kearahnya sampai dia terhenti di satu van putih. van jenazah. didukung mayat dalam perut van itu keluar. kemudian aku tidak lagi nampak kelibatnya kerana dihalang mereka yang berlari-lari di dataran.
"TAWAF START !" satu suara besar bergema. aku menjadi takut. seolah-olah waktu itulah ketakutan terbesar aku. lagi-lagi waktu aku nampak sendiri kematian-kematian di depan aku.
ya,manusia-manusia yang berjalan kaki tadi dilanggar saja oleh manusia lain yang berkenderaan. ada juga yang dipijak unta yang dahsyat saiznya. darah dan jasad menjadi lantai dataran. hingga pada gerombolan yang akhir..
lelaki tadi berlari juga menggendong mayat.
"ummihi." satu suara memberitahu aku. tapi aku tak pasti siapa kerana tak seinci pun aku menoleh ke mana-mana.
dia menakjubkan. pakaian putihnya masih putih seputih kafan mayat yang digendongnya. dia berlari seolah tak terganggu perjalanannya dengan manusia, unta-unta dan haiwan lain.
masih aku dalam rasa takjub sehinggalah satu awan dengan kumpulan manusia bertengkorak melintasi atas mereka.
"SIAPA KATA MESTI BERPAKAIAN? MESTI BERKENDERAAN? SIAPA KATA DALAM DATARAN INI DIA HARUS MULIA?!"
kemudian satu angin maha kencang meniup semuanya kembali ke garisan permulaan. begitu kencang hingga kenderaan mereka terbang, pakaian mereka terlucut bahkan...
....bahkan kulit badan mereka tertanggal. jadilah mereka seperti kumpulan manusia tengkorak tadi juga. dan aku saksikan pemandangan yang lebih mengerikan daripada zombi; tengkorak berjalan.
aku terduduk. menangis. apa ini? apa?
kemudian lelaki tadi. dirinya saja masih utuh dengan pakaiannya tanpa cela. aku senyum. namun yang aku nampak ialah kelibatnya membongkar bungkusan kafan uminya. dengan kudratnya yang masih tersisa, dia menyiat kulit mayat uminya.
"afwan ya ummi, afwan!!" sambil dia menangis.
senyumku mati.
//kebelakangan ni banyak mimpi yang pelik. tak tahu sebab banyak fikir ataupun satu peringatan dari Allah.


No comments:
Post a Comment