Wednesday, 17 February 2016
Dendang Bidadari 2
singgahsana maryam ditengah-tengah hutan kini suram semenjak tuan rumahnya pergi. tiada lagi lunak suaranya berdendang, ketawa halusnya sendiri, bayang tariannya setiap senja. maryam telah dibawa pergi, tanpa muadznya yang menemani.
orang tua maryam yang masih hidup selepas maryam melarikan diri dapat mengesan maryam dengan bantuan polis. belumpun sempat mereka bergembira dengan penemuan maryam, dia telah dibawa ke hospital sakit jiwa. kesedihan mereka berlarutan. tambah mengharukan apabila maryam langsung tidak mengenal mereka. jantung ibu mana yang tidak luruh. said, tunangnya juga berdukacita selepas dikhabarkan. leburlah 3 tahun penantiannya.
"aku nak muadz..." suaranya melirih perlahan.
"aku nak muadz..."
"aku nak muadz..."
selama 6 bulan maryam ditempatkan di wad itu, dia antara pesakit yang paling pasif. cuma sesekali mulutnya seperti berbisik. kadang kedengaran seperti dendangan kecil, kadang seperti tangisan. namun bila aktivitinya diluar, dia nampak normal. cukup normal untuk menipu mata-mata doktor yang merawatnya.
"maryam, macam mana harini?" doktor Suzilah bertanya. Doktor Suzilah adalah salah satu yang dikhaskan untuk merawat Maryam.
"saya baik harini" maryam senyum.
"alhamdulillah, baguslah. okey, harini nak buka topik apa?"
dan begitulah ia berlanjutan setiap hari. kadang diajak bercerita, kadang maryam menyanyi. Doktor Suzilah pula bersyukur ditugaskan menjaganya, sekurang-kurangnya setakat hari ini.
"maryam, saya selalu dengar maryam cerita fasal suami maryam. siapa namanya?"
maryam senyum.
"muadz, doktor. dialah lelaki paling soleh saya pernah jumpa. dulu masa kami satu sekolah, dia suka senyum kat orang. cairlah saya ni. hihi"
"oh, satu sekolah? lepastu?"
"lepastu, saya kahwin dengan dia."
"eh, senangnya?"
"adalah yang doktor tak perlu tahu. hehe"
banyak benda yang Suzilah tak patut tahu termasuklah bagaimana dia lari daripada tunangnya, Said Khudri, bagaimana obsesnya maryam hingga sanggup membunuh muadz dan membawa mayatnya ke rumah tersorok ditengah-tengah hutan, kemudian bagaimana dia 'memelihara' bangkai muadz dan 'pernikahannya' selama tiga tahun dan bagaimana dia hidup dalam fantasinya sendiri selama itu. semua itu, Suzilah tak patut tahu.
"tapi doktor, suami saya tu kelakar juga. nama saya kan maryam, boleh pula haritu dia panggil saya ayam. hahaha" yang pasti juga antara salah satu fantasinya.
"haha kelakarnya suami maryam" walaupun sebenarnya tidak.
"itulah..tapi paling best dia suka lagu bidadari. lepas kami kahwin, saya ada bagitahu dia saya suka waktu dia nyanyi lagu tu masa kami sekolah dulu. lepas tu, asyik lagu tu je yang dia nyanyikan untuk saya."
"oh? yang maryam selalu nyanyi tu?"
"yup !"
"jadi, muadz tahu maryam kat sini?"
"tahu. dia kata dia tunggu sampai saya balik jadi tak adalah saya sedih sangat."
"baiknya. saya pun belum kahwin. cemburu betul"
"hahaha"
****
"Su, awak hati-hati sikit dengan pesakit awak. Dia lain. Dia ni lebih kepada obses. Kalau dia cerita apa-apa, iyakan saja. Tapi jangan percaya."
"Baik, baik."
Suzilah telah dinasihatkan sewaktu mula-mula ditugaskan mengurus maryam. awalnya dia berhati-hati juga, namun nampaknya tidak ada apa-apa yang berbahaya atau mencurigakan dengan maryam. dia tidak pernah pula membuka cerita tentang obsesinya, atau sebenarnya ada, cuma Suzilah yang tak perasan kerana tenggelam dengan keselesaannya berteman dengan Maryam.
"doktor! sini, sini tengok ni apa saya jumpa!"
Maryam dari jauh melambai-lambai kearahnya dan menunjuk pada satu pokok besar yang agak jauh dari kawasan pesakit-pesakit lain. Suzilah bangun. Jerat sudah mengena.
"apa d.."
tali yang berjuntaian didahan pokok besar dijerut pada leher Suzilah. matanya terbeliak.
****
(tengkorak dan tulang-tulang) Muadz digali semula oleh Maryam.
"kenapa orang buat macam ni kat kita, abang?" pipinya basah melihat 'suaminya' ditimbus dengan tanah. tertikam rasa dadanya melihat muadz ditanam ketika dia ditahan untuk dibawa ke hospital sakit jiwa 6 bulan lepas.
"mar dah janji, walau apapun jadi, mar takkan tinggalkan abang. mar dah balik ni, abang."
bangkai muadz dibersihkan. senja itu, hatinya berbunga semula kerana akhirnya dapat juga dia pulang ke 'pangkuan suaminya' setelah berjaya melarikan diri dari hospital. mungkin sekarang pencarian maryam bergiat semula, namun seolah-olah tiada satu hal pun dapat menjadi kegusaran untuknya apabila dia berada disisi muadznya.
muadz telah dirapikan dan didudukkan di pangkin belakang rumah. rumah usangnya pula dikemas. tidak begitu berselerak semenjak rumah itu ditinggalkan, jadi maryam hanya menyapu habuk dan debu didalam rumahnya saja.
pintu rumah diketuk. maryam merapikan pakaiannya. dia segera menuju ke lawang.
"assalamualaikum, bidadari."
maryam kembali tersenyum lagi.
©Jinnai/Medimitry @ #TeamAsylum
// aku senanya taknak tulis part two tau. sebab nama pun cerita misteri so pepandai ah buat conclusion apa jadi kat DB1. tapi ramai tak paham ceritanya. komplikated. ceh.
ha ni part two aku sendiri rasa tak best sebab aku macam kena explain amenda senanye maryam buat, her past, and said khudri ke yang bunuh muadz. i meant whaatt the whaaaaattt. said khudri tu tak bersalah. and please guys, read more. haha. salam alaik minna !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Bestnyaaaaaaaaa bila nak part 3 hehe
ReplyDelete