aku masih ingat hari tu. hari yang adik aku sendiri terkorban sebab salah aku. adik aku dan orang yang aku sayang. semua sebab aku mengelat taknak pergi.
waktu itu, kami masih menuntut di Mesir. petang tu semua yang terlibat dipanggil. aku terlibat, tapi aku tak pergi. "sakit perut sangat ni." itu alasan aku. separuh daripada roommate aku yang dipanggil, tapi tak ada yang gantikan tempat aku. semua bilik perlu hantar sekurang-kurangnya 6 orang wakil. semua bilik asrama banin dan banat turun. yang tak turut serta pun turun untuk saksikan sendiri apa yang jadi di gelanggang. mungkin ada yang pengecut sikit cuma tengok dari dalam bilik yang pintunya transparen- macam aku.
dari posisi baring, aku beralih ke pintu. semua dah sedia. aku tahu ini game paling berani mati pernah aku jumpa tapi aku masih bingung kenapa semua masih nak ikut sedangkan masing-masing tahu semua akan maut. tapi roommate aku cakap"ini tradisi kat sini. boleh je taknak join tapi next round kena masuk" bila aku tanya kejadahnya natang yang kami wajib join ni.
semua dah lengkap dengan senjata sendiri. waktu tu dah tak fikir kita berhadapan dengan kawan atau classmate atau crush. misi semua; menang atau syahid. bilik aku gabung dengan bilik banin. aku tak pelik. dah 3 tahun aku saksikan tradisi yang sama. motif syahid yang mereka banggakan tu juga aku tak pelik, dah tak cultural shock macam mula-mula aku masuk jami'ah ni. selama tiga tahun ni juga aku tak pernah join "jihad" mereka. aku sibukkan diri ke jami'ah, buat-buat teringin pergi kedai halawiyat dan pura-pura sakit.
waktu mereka berbunuhan sedang berlangsung. aku tak mahu tengok. cukuplah sekadar laungan "allahuakbar" mereka yang palsu. tapi aku tahu, darah-darah mereka yang kononnya syahid yang mengalir, bukanlah hak syurga. lama juga, sampaikan bau hanyir darah menembusi rongga hidung aku. bila roommates aku semuanya balik ke bilik, aku tengok ke luar. mayat-mayat sedang "dibersihkan". aku tutup pintu bilik cepat-cepat sebab bau darah yang nauzubillahiminzalik dah memenuhi bilik aku.
"yan, berapa mati?" aku tanya aziani. dulu waktu sekolah menengah kat mesia aku panggil dia syahirah. lol.
"ramai gak. syahid la bukan mati."
"oh. bilik kita?"
"semua yang join."
"bilik sebelah?"
"hm jap. tak silap aku aisyah, adik kau, dengan geng-geng dia la kot. ada la sorang dua selamat"
"ad-adik aku yan?!"
"ye ah adik kau. atiq kan nama dia?"
"weh apesal adik aku join?! aku dah cakap dah!!!" mata aku mula hangat. aku nak keluar, tengok adik aku, tengok aisyah sekali.
"kau nak pergi mana? kau pun tahu kan diorang mesti tak kasi punya. lagipun dah tradisi la. tahun lepas kakak aku yang syahid. tak ada apa nak disedihkan dengan tradisi ni. lepas ni diorang semua konfem dah masuk syurga."
"jadah kau tak sedih! adik aku lah tu! benda macam ni kau kata jihad? masuk syurga? kau tak tahu ke allah haramkan syurga untuk orang yang bunuh diri."
"cakaplah apa pun. kau tak faham lagi tarekat kita."
"ni tarekat bodoh namanya! mana sunni kau? mana terbang akidah kau?!"
aku keluar juga ke bilik sebelah. budak-budak sana semua terkejut bila aku datang.
"akak.. ca-cari atiq ke? at-atiq tak ada."
aku pandang sampai ke ceruk bilik. lutut aku rasa longgar. aku berpaut pada pintu.
"kenapa..bagi atiq pergi?" dada aku rasa pedih.
"erm.. tadi ada orang datang cari pengganti akak sebab roommates akak semua taknak pergi. atiq pergilah. di-dia kata dia janji nak backup akak. dia janji juga dia takkan mati. kalau tak dia memang tak terpilih sebenarnya. tapi tadi kitorang nampak sendiri..yang dia..kena dua das dari...sai-saiful.."
"saiful?"
"ye..budak banin bilik ibnu arabi."
"dia mati ke hidup?"
"hidup.. luka sikit sebab atiq balas tembakan dia.. tapi cuma kena sikit je."
aku berdiri menuju ke asrama lelaki-bilik ibnu arabi. aku kena setelkan hutang nyawa adik aku.. dan bila aku mula lompat pagar..
"BERHENTI!"
aku terjaga. bilik masih gelap. jam loceng yang aku letak kat tingkap sudah pukul 5:47 pagi.


No comments:
Post a Comment