Saturday, 8 October 2016



dari suaramu yang gemersik
kucup-kucupmu yang menghangat dan terbisik

hingga pelukanmu yang damai
jemarimu yang gemalai

biar aku terus terpejam
agar bayangmu didalam tiap kedup mataku tak terpadam

Wednesday, 28 September 2016

sajak (VII)



ada desir-desir bayu yang kususun menjadi bayangmu
ada munajatku pada tuhan tentangmu
yang tak siapa perlu tahu

dari titis-titis air yang mengalir
hingga para dedaun yang bergilir

dari kepak-kepak beburung meluas di langit
hingga ke ruang hatiku yang sempit

tak kubiar sehari berlalu
tanpa sebaris namamu dalam doaku

Tuesday, 27 September 2016

sajak (VI)



kau tak datang
bersama redup matahari petang

kau tak pula hilang
seperti sisa-sisa fajar yang tak terundang

ketika aku menanti
di tengah dingin pagi
rupanya kau bersembunyi
seperti sang pelangi pagi--
indah dan misteri

yang hanya akan hadir ketika aku perlu
semisal hatiku yang memundak rindu

Sunday, 25 September 2016

sajak (V)




puisi-puisi sumbang masih kudendang
disaksi deru-deru bayu dan bayangku yang hilang

kulakar baris demi baris
dengan wasilah tangis yang menitis

tutupkan matamu biarkannya beradu
lenakan kupingmu jangan terdengar hiba jiwaku yang sendu

semoga damai
semoga telah tercantum hatimu yang pernah berderai

semoga lena
semoga telah kering segala air mata
bersama keringnya tinta

semoga masih gagah berdiri
semoga menjadi kekuatanku lagi esok hari

Friday, 23 September 2016

sajak (IV)



pada matamu yang embun
ada doa-doaku yang tersusun

pada bibirmu yang meredup senyum
ada serpih-serpih hatiku yang kembali tercantum

langit malam kan mulai surut
terganti hening fajar menyambut

matahari pagi, kau kutunggu
bersama sisa-sisa harapan yang baru

Thursday, 22 September 2016

sajak (III)



malam ini
aku mendengar bisikan langit hitam
menggema suara dari utara
bercetera tentang sunyi bintang-bintang malam

sang rembulan bersembunyi
membiarkan bintang-bintang bersinar sepi
pedih dan sedih
pilu dan ngilu

ada suara-suara bintang yang berdoa
semoga malam esoknya
tuhan akan menggantung sang rembulan bersama
agar hati-hati di bumi tersenyum semula

sajak (II)




di antara pohon-pohon yang menari
dan di antara para cengkerik yang menyanyi
di sisi langit ini aku berdiri
bersama doa-doa yang aku pateri

semoga engkau lena sejahtera dibawah sisi langit yang satu lagi

Wednesday, 21 September 2016

sajak (I)





suriaku yang menjingga
redupilah langit senja
bersama lelah-lelah yang kaubawa

suriaku yang rawan
aku akan tetap menunggu sinarmu
selepas fajar membenamkan rembulan
bersama sisa-sisa sendu

terima kasih
untuk perjuanganmu yang tidak kauhentikan
untuk terik-terik cahaya yang membenihkan

semoga tabah setiap hari
kerna keringat tabahmu menyuburi lantai-lantai bumi

Wednesday, 17 February 2016

Dendang Bidadari 2



singgahsana maryam ditengah-tengah hutan kini suram semenjak tuan rumahnya pergi. tiada lagi lunak suaranya berdendang, ketawa halusnya sendiri, bayang tariannya setiap senja. maryam telah dibawa pergi, tanpa muadznya yang menemani.

orang tua maryam yang masih hidup selepas maryam melarikan diri dapat mengesan maryam dengan bantuan polis. belumpun sempat mereka bergembira dengan penemuan maryam, dia telah dibawa ke hospital sakit jiwa. kesedihan mereka berlarutan. tambah mengharukan apabila maryam langsung tidak mengenal mereka. jantung ibu mana yang tidak luruh. said, tunangnya juga berdukacita selepas dikhabarkan. leburlah 3 tahun penantiannya.


"aku nak muadz..." suaranya melirih perlahan.

"aku nak muadz..."
"aku nak muadz..."

selama 6 bulan maryam ditempatkan di wad itu, dia antara pesakit yang paling pasif. cuma sesekali mulutnya seperti berbisik. kadang kedengaran seperti dendangan kecil, kadang seperti tangisan. namun bila aktivitinya diluar, dia nampak normal. cukup normal untuk menipu mata-mata doktor yang merawatnya.

"maryam, macam mana harini?" doktor Suzilah bertanya. Doktor Suzilah adalah salah satu yang dikhaskan untuk merawat Maryam.

"saya baik harini" maryam senyum.

"alhamdulillah, baguslah. okey, harini nak buka topik apa?"

dan begitulah ia berlanjutan setiap hari. kadang diajak bercerita, kadang maryam menyanyi. Doktor Suzilah pula bersyukur ditugaskan menjaganya, sekurang-kurangnya setakat hari ini.

"maryam, saya selalu dengar maryam cerita fasal suami maryam. siapa namanya?"

maryam senyum.
"muadz, doktor. dialah lelaki paling soleh saya pernah jumpa. dulu masa kami satu sekolah, dia suka senyum kat orang. cairlah saya ni. hihi"

"oh, satu sekolah? lepastu?"

"lepastu, saya kahwin dengan dia."

"eh, senangnya?"

"adalah yang doktor tak perlu tahu. hehe"

banyak benda yang Suzilah tak patut tahu termasuklah bagaimana dia lari daripada tunangnya, Said Khudri, bagaimana obsesnya maryam hingga sanggup membunuh muadz dan membawa mayatnya ke rumah tersorok ditengah-tengah hutan, kemudian bagaimana dia 'memelihara' bangkai muadz dan 'pernikahannya' selama tiga tahun dan bagaimana dia hidup dalam fantasinya sendiri selama itu. semua itu, Suzilah tak patut tahu.

"tapi doktor, suami saya tu kelakar juga. nama saya kan maryam, boleh pula haritu dia panggil saya ayam. hahaha" yang pasti juga antara salah satu fantasinya.

"haha kelakarnya suami maryam" walaupun sebenarnya tidak.

"itulah..tapi paling best dia suka lagu bidadari. lepas kami kahwin, saya ada bagitahu dia saya suka waktu dia nyanyi lagu tu masa kami sekolah dulu. lepas tu, asyik lagu tu je yang dia nyanyikan untuk saya."

"oh? yang maryam selalu nyanyi tu?"

"yup !"

"jadi, muadz tahu maryam kat sini?"

"tahu. dia kata dia tunggu sampai saya balik jadi tak adalah saya sedih sangat."

"baiknya. saya pun belum kahwin. cemburu betul"

"hahaha"

****

"Su, awak hati-hati sikit dengan pesakit awak. Dia lain. Dia ni lebih kepada obses. Kalau dia cerita apa-apa, iyakan saja. Tapi jangan percaya."

"Baik, baik."

Suzilah telah dinasihatkan sewaktu mula-mula ditugaskan mengurus maryam. awalnya dia berhati-hati juga, namun nampaknya tidak ada apa-apa yang berbahaya atau mencurigakan dengan maryam. dia tidak pernah pula membuka cerita tentang obsesinya, atau sebenarnya ada, cuma Suzilah yang tak perasan kerana tenggelam dengan keselesaannya berteman dengan Maryam.

"doktor! sini, sini tengok ni apa saya jumpa!"

Maryam dari jauh melambai-lambai kearahnya dan menunjuk pada satu pokok besar yang agak jauh dari kawasan pesakit-pesakit lain. Suzilah bangun. Jerat sudah mengena.

"apa d.."
tali yang berjuntaian didahan pokok besar dijerut pada leher Suzilah. matanya terbeliak.

****

(tengkorak dan tulang-tulang) Muadz digali semula oleh Maryam.

"kenapa orang buat macam ni kat kita, abang?" pipinya basah melihat 'suaminya' ditimbus dengan tanah. tertikam rasa dadanya melihat muadz ditanam ketika dia ditahan untuk dibawa ke hospital sakit jiwa 6 bulan lepas.

"mar dah janji, walau apapun jadi, mar takkan tinggalkan abang. mar dah balik ni, abang."

bangkai muadz dibersihkan. senja itu, hatinya berbunga semula kerana akhirnya dapat juga dia pulang ke 'pangkuan suaminya' setelah berjaya melarikan diri dari hospital. mungkin sekarang pencarian maryam bergiat semula, namun seolah-olah tiada satu hal pun dapat menjadi kegusaran untuknya apabila dia berada disisi muadznya.

muadz telah dirapikan dan didudukkan di pangkin belakang rumah. rumah usangnya pula dikemas. tidak begitu berselerak semenjak rumah itu ditinggalkan, jadi maryam hanya menyapu habuk dan debu didalam rumahnya saja.

pintu rumah diketuk. maryam merapikan pakaiannya. dia segera menuju ke lawang.

"assalamualaikum, bidadari."

maryam kembali tersenyum lagi.

©Jinnai/Medimitry @ #TeamAsylum

// aku senanya taknak tulis part two tau. sebab nama pun cerita misteri so pepandai ah buat conclusion apa jadi kat DB1. tapi ramai tak paham ceritanya. komplikated. ceh.

ha ni part two aku sendiri rasa tak best sebab aku macam kena explain amenda senanye maryam buat, her past, and said khudri ke yang bunuh muadz. i meant whaatt the whaaaaattt. said khudri tu tak bersalah. and please guys, read more. haha. salam alaik minna !

Tuesday, 16 February 2016

Dendang Bidadari 1



Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku
sumpah setia hidup mati semuanya
Kerna kau isteriku
Isteriku tercinta
Pelengkap rusuk kiriku

Maryam tersenyum didepan cermin, sedang bersiap-siap menyambut kepulangan suaminya. Lagu kegemaran yang sering didendangkan oleh suaminya diulang.

Pintu utama diketuk diiringi ucapan sejahtera.

"Assalamualaikum... Maryam, abang ni.." panjang umurnya. Muadz yang diluar senyum juga.

Maryam segera membuka pintu.

"Waalaikumussalam.." Tangan Muadz disambut. Muadz senyum lagi.

"Masak apa harini?"

"Amboi. dia ingat makan je, tak ingat kita pun.." Maryam memuncungkan bibir.

"Ehh, dia tak tahu ke waktu kerja kita teringatkan dia je?"

"Yalah tu. jomlah, makan. Hee"

****

Cuaca pagi itu mendung. Maryam juga sama, namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimendungkannya. Fikirannya lari pada suaminya di tempat kerja.

"Harap Muadz baik-baik saja.."

Perasaannya yang terganggu terus terusir selepas mendengar ketukan pintu. Namun anehnya, tiada ucapan selamat.

"Assalamualaikum ab..." Maryam kaget setelah membuka lawang. Tubuh yang berdiri di hadapan pintu bukan tubuh milik suaminya. Tubuh dengan wajah penuh dendam, tersenyum sinis.

"Ya Mar, 'abang' dah balik !"

Lawang segera ditutup. Wajahnya berubah pucat. Dia kenal siapa yang berdiri di hadapannya tadi.

Maryam berlari ke tingkat atas menuju ruang kamarnya, mengingati semula dimana dia meletakkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Muadz. Manakala 'dia' pula sudah berjaya menceroboh masuk ke rumah, tapi masih di bawah. Gayanya seperti tak siuman.

"Mar...Mar.."

Maryam masih bergelut menggeledah setiap inci ruang biliknya mencari telefon bimbit hinggalah tiba-tiba..

"Aduh, kat bawah !" dia baru teringat telefon bimbitnya yang terletak di kabinet dapur.

Dalam masa yang sama, pintu kamar ditolak kasar. Maryam bertambah panik.

"Tak kunci pintu, Mar? Memang jemput abang masuk ke?"

'Dia' maju setapak demi setapak. Maryam pula berundur sampai kakinya terhenti menemui dinding putih biliknya.

"K-kau nak apa ?!"

"Eh, dia tanya kita nak apa? Kita datang ni nak dia lah," sambil tangannya bermain-main dengan pisau yang tirus hujungnya.

"Gila! Pergilah, pergi! Suami aku balik kejap lagi! Kau gila! Orang gila! PERGIII !" Itu saja yang termampu oleh Maryam.

"Gila? Kaulah yang gila! Sebab kau gila, kau buat aku jadi gila macam ini! Senyuman kau gila, cantik kau gila, suara kau gila.. Semua pasal kau..semuanya...menggilakan aku!"

Lelaki didepannya ini dahulu yang selalu mengejarnya sampaikan dia berkeputusan menyembunyikan dirinya. Bahkan, bukan seorang dua yang mengejarnya. Ada juga dia menerima ugutan bunuh jika dia menolak cinta si lelaki yang mana semuanya membuat dia paranoid. Dia tidak lagi bersekolah, tidak lagi bermasyarakat, tidak lagi berkawan dan tidak lagi keluar rumah. Dia seolah-olah menghukum dirinya sendiri kerana memiliki paras rupa yang menawan, kelunakan suara yang merdu dan lenggok gaya yang sopan. Sehinggakan selepas dia bernikah pun, dia kekal di rumah.

Dia merahsiakan dirinya, tempat tinggalnya dan semua yang berkaitan termasuk suaminya. 3 tahun perkahwinannya dipelihara sebaik mungkin. Hingga hari ini si jahanam ini kembali. Si Said Khudri.

Maryam masih tercatuk bisu. Buntu mencari jalan keluar.

"Aik, diam je. Kenapa Mar? Tak mampu berkata-kata ye nampak abang depan mata? Alala.." tangannya cuba meliar ke wajah Maryam, tapi dengan segera ditepis.

"KAU. TAK. LAYAK! pergilah! Kau tak ada kena mengena dengan hidup aku!"

"Okey, okey. Aku akan pergi. tapi lepas aku ambil kecantikan kau ni, semuanya, supaya tak ada seorang lelaki pun dapat menikmati engkau!"

Pisau tirus tadi didekatkan ke wajah Maryam. Dia mahu lari, tapi nampaknya tiada jalan keluar. Maryam pejam. Redha.

Ya allah, ampun.. Abang, maafkan Maryam. Maryam tak dapat cantik lagi depan abang..

Sedetik..dua detik.. dia cuma mampu pasrah menantikan azab. Mungkin wajahnya ditoreh, atau mungkin dicalarkan. Dia tak pasti apa yang akan berlaku. Dia menunggu sehingga cairan jernih yang hangat meluncur laju ke pipi.

Eh, lama pula. Diaa membuka mata. Said berada lebih kurang setengah meter dari dia.

"Tak bestlah pejam. Aku tunggu kau buka mata, baru feel," tangannya membaling tepat pisau tirus tadi ke dahi Maryam. Kali ini cecair merah pekat pula yang mengalir. Setitis..dua titis..kemudian laju.

Belum sempat terkejut, Maryam terus pengsan.

****

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia Kerna cinta cinta suci Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Suara yang lembut menjengah ke telinganya. Suara Muadz.

Maryam cuba membuka mata perlahan-lahan. Wajah Muadz yang dilihatnya, tersenyum di sebelah.

"Assalamualaikum cik puan cantik.."

"Waalaikumussalam.." nanti, cantik? Aku cantik lagi?

Kemudian dia mengusap dahinya. Tidak ada calar apa-apa?

"Kenapa?" Muadz kehairanan.

"Tak..tak ada apa-apa.." dia sendiri hairan.

Muadz senyum. Lagi.

"Sambung lagu, boleh?"

"Hahaha..aiwah !"


Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan
saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
cinta abadi
hanya disyurga


cinta abadi...hanya di syurga

Kemudian Maryam terlelap lagi.

****

Dia membuka mata buat kali kedua, namun kali ini tiada Muadz. Jam dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Dia berlari turun ke bawah, Muadz tiada dimana-mana.

"Ah..mungkin di belakang.." Maryam berlari ke pintu belakang lalu dikuak perlahan. Dia mengukir senyum. Sangkaannya tepat.

Muadz duduk di pangkin belakang, menikmati kesejukan malam. Maryam menyangka mungkin itu hobinya. Awalnya dicegah juga, tapi nampaknya Maryam juga turut suka duduk santai bersama disitu.

Maryam duduk. Dipeluk tulang tengkorak di sebelahnya dan diusap kepalanya.

"puas Mar cari abang..Mar rindu.."

Maryam senyum. Tengkorak di sebelahnya juga senyum. Ya, tengkorak muadz sentiasa senyum. Kerana senyuman itulah yang membuatkan Maryam tidak waras. Parut berbentuk pangkah di dahi tengkorak itu diusap juga.

"Mesti sakit kan, abang? Mar minta maaf.."

Malam itu sendu. Anginnya juga tidak berapa kuat, tapi cukup nyaman buat mereka. Buat Maryam sendiri.

Dan...ikatan kita
Cinta abadi..
Hanya disyurga..

Maryam berdendang lagi.

©Jinnai/Medimitry @ #TeamAsylum

Monday, 15 February 2016

Tawaf Kematian

aku sudah sampai di kota. tempat pertama aku tuju adalah butik pakaian muslimah kerana tujuan aku cuma untuk membeli sehelai niqab sahaja. selesai membayar, satu laungan yang gegak gempita kedengaran dari luar.

"TAWAF ABOUT TO START !"

salah seorang pembeli bergegas ke kaunter. dia membayar, sehelai niqab juga. tetapi ditinggalkan saja di kaunter lalu terburu-buru keluar. wanita penjual di kaunter itu segera menyarungkan niqabnya juga, untuk ke luar aku rasa. kemudian niqab yang dibeli lelaki tadi diberikan pada aku.

"give it to him on our 7th round. it's for his mom. salam alaik." dia pun berlari keluar meninggalkan aku seorang tercengang di dalam butik.

langit mendung di luar tapi tiada petanda hujan. waktu aku sampai tadi tidak ada pula gumpalan awan tebal begini?

aku pun keluar sama namun langkah aku terhenti di kaki lima kedai. terbentang satu pemandangan yang...

segala makhluk yang di atas padang pasir ada di situ; ada yang manusia dari berjalan kaki, berbasikal, kepada motosikal dan kereta. dan unta-untanya, gajah-gajahnya hinggalah makhluk yang aku sendiri tidak pernah kenal.

lelaki arab disebelah aku berkata;

"even if you're not called for this you can join too." kemudian dia turun ke dataran. kaki aku yang berjalan sendiri menuruni tangga tangga kecil disitu terhenti melihat gerombolan makhluk yang tiada penghujungnya di belakang sana. aku bingung. kemudian satu suara mengejutkan aku dari kebingungan.

"niqab saya mana?"

lelaki tadi menyapa. peluhnya menghiasi dahi.

"saya bagi, nanti, dalam pusingan ketujuh."

"okey." dia berlari. aku menghantar pandangan kearahnya sampai dia terhenti di satu van putih. van jenazah. didukung mayat dalam perut van itu keluar. kemudian aku tidak lagi nampak kelibatnya kerana dihalang mereka yang berlari-lari di dataran.

"TAWAF START !" satu suara besar bergema. aku menjadi takut. seolah-olah waktu itulah ketakutan terbesar aku. lagi-lagi waktu aku nampak sendiri kematian-kematian di depan aku.

ya,manusia-manusia yang berjalan kaki tadi dilanggar saja oleh manusia lain yang berkenderaan. ada juga yang dipijak unta yang dahsyat saiznya. darah dan jasad menjadi lantai dataran. hingga pada gerombolan yang akhir..

lelaki tadi berlari juga menggendong mayat.

"ummihi." satu suara memberitahu aku. tapi aku tak pasti siapa kerana tak seinci pun aku menoleh ke mana-mana.

dia menakjubkan. pakaian putihnya masih putih seputih kafan mayat yang digendongnya. dia berlari seolah tak terganggu perjalanannya dengan manusia, unta-unta dan haiwan lain.

masih aku dalam rasa takjub sehinggalah satu awan dengan kumpulan manusia bertengkorak melintasi atas mereka.

"SIAPA KATA MESTI BERPAKAIAN? MESTI BERKENDERAAN? SIAPA KATA DALAM DATARAN INI DIA HARUS MULIA?!"

kemudian satu angin maha kencang meniup semuanya kembali ke garisan permulaan. begitu kencang hingga kenderaan mereka terbang, pakaian mereka terlucut bahkan...

....bahkan kulit badan mereka tertanggal. jadilah mereka seperti kumpulan manusia tengkorak tadi juga. dan aku saksikan pemandangan yang lebih mengerikan daripada zombi; tengkorak berjalan.

aku terduduk. menangis. apa ini? apa?

kemudian lelaki tadi. dirinya saja masih utuh dengan pakaiannya tanpa cela. aku senyum. namun yang aku nampak ialah kelibatnya membongkar bungkusan kafan uminya. dengan kudratnya yang masih tersisa, dia menyiat kulit mayat uminya.

"afwan ya ummi, afwan!!" sambil dia menangis.

senyumku mati.

//kebelakangan ni banyak mimpi yang pelik. tak tahu sebab banyak fikir ataupun satu peringatan dari Allah.

Thursday, 4 February 2016

Thareeq.

aku masih ingat hari tu. hari yang adik aku sendiri terkorban sebab salah aku. adik aku dan orang yang aku sayang. semua sebab aku mengelat taknak pergi.

waktu itu, kami masih menuntut di Mesir. petang tu semua yang terlibat dipanggil. aku terlibat, tapi aku tak pergi. "sakit perut sangat ni." itu alasan aku. separuh daripada roommate aku yang dipanggil, tapi tak ada yang gantikan tempat aku. semua bilik perlu hantar sekurang-kurangnya 6 orang wakil. semua bilik asrama banin dan banat turun. yang tak turut serta pun turun untuk saksikan sendiri apa yang jadi di gelanggang. mungkin ada yang pengecut sikit cuma tengok dari dalam bilik yang pintunya transparen- macam aku.

dari posisi baring, aku beralih ke pintu. semua dah sedia. aku tahu ini game paling berani mati pernah aku jumpa tapi aku masih  bingung kenapa semua masih nak ikut sedangkan masing-masing tahu semua akan maut. tapi roommate aku cakap"ini tradisi  kat sini. boleh je taknak join  tapi next round kena masuk" bila aku tanya kejadahnya  natang yang kami wajib join ni.

semua dah lengkap dengan senjata sendiri. waktu tu dah tak fikir kita berhadapan dengan kawan atau classmate atau crush. misi  semua; menang  atau  syahid. bilik aku gabung dengan bilik banin. aku tak pelik. dah 3 tahun aku saksikan tradisi yang sama. motif syahid yang mereka banggakan tu juga aku tak pelik, dah tak cultural shock macam mula-mula aku masuk jami'ah ni. selama tiga tahun ni juga aku tak pernah join "jihad" mereka. aku sibukkan  diri ke jami'ah, buat-buat teringin pergi kedai halawiyat dan pura-pura sakit.

waktu mereka berbunuhan sedang berlangsung. aku tak mahu tengok. cukuplah sekadar laungan "allahuakbar" mereka yang palsu. tapi aku tahu, darah-darah mereka yang kononnya syahid yang mengalir, bukanlah hak syurga. lama juga, sampaikan bau hanyir darah menembusi rongga hidung aku. bila roommates aku semuanya balik ke bilik, aku tengok ke luar. mayat-mayat sedang "dibersihkan". aku tutup pintu bilik cepat-cepat sebab bau  darah yang nauzubillahiminzalik dah memenuhi bilik aku.

"yan, berapa mati?" aku tanya aziani. dulu waktu sekolah menengah kat mesia aku  panggil dia syahirah. lol.
"ramai  gak. syahid la bukan mati."
"oh. bilik kita?"
"semua yang join."
"bilik sebelah?"
"hm jap. tak silap aku aisyah, adik kau, dengan geng-geng dia la kot.  ada la sorang dua selamat"
"ad-adik aku yan?!"
"ye ah adik kau. atiq kan nama dia?"
"weh apesal adik aku join?!  aku dah cakap dah!!!" mata aku mula hangat. aku nak keluar, tengok adik aku, tengok aisyah sekali.
"kau nak pergi mana? kau pun tahu kan diorang mesti tak kasi punya. lagipun dah tradisi la. tahun lepas kakak aku yang syahid. tak ada apa nak disedihkan dengan tradisi ni. lepas ni diorang semua konfem dah masuk syurga."
"jadah kau tak sedih! adik aku lah tu! benda macam  ni kau kata jihad? masuk syurga? kau tak tahu ke allah haramkan syurga untuk orang yang bunuh diri."
"cakaplah apa pun. kau tak faham lagi tarekat kita."
"ni tarekat bodoh namanya! mana sunni kau? mana  terbang akidah kau?!"

aku keluar juga ke bilik sebelah. budak-budak sana semua terkejut bila aku datang.

"akak.. ca-cari atiq ke? at-atiq tak ada."

aku pandang sampai ke ceruk bilik. lutut aku rasa longgar. aku berpaut  pada pintu.

"kenapa..bagi atiq pergi?" dada aku rasa pedih.

"erm.. tadi ada orang datang cari pengganti akak sebab roommates akak semua taknak pergi. atiq pergilah. di-dia kata dia janji nak backup akak. dia janji juga dia takkan mati. kalau tak dia memang tak terpilih sebenarnya. tapi tadi  kitorang nampak sendiri..yang dia..kena dua das dari...sai-saiful.."

"saiful?"
"ye..budak banin bilik ibnu arabi."
"dia mati ke hidup?"
"hidup.. luka sikit sebab atiq balas tembakan dia.. tapi cuma kena sikit je."

aku berdiri menuju ke asrama lelaki-bilik ibnu arabi. aku kena setelkan hutang nyawa adik  aku.. dan bila aku mula lompat pagar..

"BERHENTI!"

aku terjaga. bilik masih gelap. jam loceng yang aku letak kat tingkap sudah pukul 5:47 pagi.

Monday, 1 February 2016

tahapan suicidal.

waktu hidup ni, kalau tahap depress kau sampai nak bunuh diri, kau mungkin rasa lepas mati nanti kau puas. tapi bila kau dah berjaya mati nanti, syurga luput dari kau. azab yang kau rasa kau boleh handle, kau tak boleh handle rupa-rupanya. yang tinggal, menyesal. menyesal sebab terfikir nak bunuh diri. tak  kiralah kat dunia ni kau nak menyesal berapa kali pun, well at least kau masih hidup. masih boleh buat sesuatu. kalau dah mati menyesal? tak guna merayu pada malaikat lagi. kat mahsyar pulak nabi tak pandang pun kau. tak setitis pun dari kautsar kau boleh minum. yang paling kau sesalkan nanti, kau tak dapat pun tengok  wajah Allah. tak ada siapa dapat tolong kau. kalau nak juga teruskan hidup yang so-called lifeless kau tu, atau nak hidup nafsi-nafsi, janganlah. kau tak mampu tanggung penyesalan lepas mati kau nanti sendiri. 


okey.